Saturday, August 21, 2010

Risau dengan Arsenal walaupun menang 6-0

Menang bergaya 6-0 ada positif dan negatifnya. Walcott nak kate menjadi dia hantam hatrik nak kate tak menjadi bad decision beberapa kali dari dia. Yang paling aku risaukan dan jika korang halusi aku rasa korang pun setuju dengan aku iaitu chances yang dicipta tapi sukar untuk disudahkan.

Aku rasa Arsenal berjaya mencipta peluang sekurang2nya 10 kali untuk setiap babak..tapi dari chances tersebut hanya 3 je yang berjaya disudahkan.Susah untuk aku berasa bangga kerana arsenal kelab yang aku sayang ni bertemu dengan kolamHITAM yang baru dinaik pangkat ke BPL liga tumpuan dunia,malah kolamHITAM tiada pengalaman bertemu kelab top eropah, bermain pula dengan 10 orang tetapi hanya 3 gol setiap babak berjaya dihasilkan.Ini amat merisaukan aku kerana Arsenal akan melalui perlawanan yang sukar iaitu bermain serba tak kena dan sukar untuk mencipta peluang.Jika ini terjadi,memang susah untuk arsenal menjaringkan gol.Ini terbukti pada minggu lepas ketika bertemu liverpool.bertapa susah dan sukar arsenal untuk memecah kebuntuan. Itu yang patut wenger risaukan selain masalah penjaga gawang dan kecederaan pemain utama.setakat menguasai permainan bdk2 Sekolah Menengah Teknik Ampangan pun boleh main.Budak tadika Kemas kem batu kentomen pun leh passing-passing.

Arsenal perlu belajar untuk meningkatkan kualiti menghasilkan gol yang terbaik dengan mencuba sempurnakan setiap peluang yang terhidang(sekurang2nya 10 peluang,6 gol yang masuk).Dan arsenal juga perlu bermain secara berani iaitu mempunyai backup plan seperti bermain untuk melakukan percubaan dengan merembat dari luar kotak penalti,plan dari segi formation taktikal.Tahap defensive Arsenal memang kritikal buat masa sekarang dengan rekod buruk musim lepas dengan melepaskan terlalu banyak gol dan kebanyakan gol tidak sepatutnya dilepaskan.Cara terbaik pak wenger ialah dengan melepaskan defend2 badut arsenal akan tetapi masih tiada penganti yang sesuai.Mentaliti pemain pertahanan sedia ada sekarang tidak sama seperti tony adam,sol campbell,martin keown dan rakan2 seahli dengannya kerana defend tengah kita yang sedia ada (sejak 5 musim ni) amat gemar naik untuk membantu jentera seranggan sehingga terlupa akan posisi asal mereka, itu la sebabnya kita selalu melepaskan gol-gol bodoh.

Ini tidak perlu lagi berulang jika Pak wenger ingin membawa pulang piala yang fan tunggu-tunggu jika tidak pak wenger bakal bermimpi buat kali ke-6nya dan mungkin menyebabkan peminat hilang kepercayaan terhadapnya.Dapatkan pemain baru,cubalah ubah taktikal,sentiasa ada backup plan,jangan berbangga dengan pencapaian masa pendek, jangan lah terlalu kedekut.

ulasan permainan aku hold dulu...akan menyusul selepas ulasan kebimbangan aku

0 comments: