Semenjak lima tahun kebelakangan ni aku melihat pasukan arsenal ini berevolusi dengan begitu pantas sekali sejajar dengan penghijrahan stadium dari higbury ke ashburton groove.Dan dalam tempoh 5 tahun itu juga ada beberapa perkara yang lupa untuk dititikberatkan oleh arsene wenger sendiri.Patrick viera,freddy ljungberg,the fabulous 4,pires,thierry henry dan lain lain lagi adalah merupakan legasi utama dari highbury yang telah memberikan sumbangan yg sangat besar kepada sejarah pasukan arsenal.Dan apabila mereka ini meninggalkan arsenal maka disitu bermula satu falsafah baru arsene wenger.Maseh ingatkah anda tentang peristiwa the invicible dimana pada satu musim kita tidak pernah ditewaskan oleh mana mana klub dan dari situ arsene wenger ingin melakukan satu lagi kejutan dimana dia mahu menggunakan keseluruhan pemain muda dan digabungkan pula dengan sedikit bantuan pemain pemain yg berpengalaman .Maka semenjak dari awal kita berpindah ke emirates stadium,pasukan kesayangan kita ini gagal untuk memenangi apa2 jenis kejohanan sama ada di peringkat tempatan mahupon eropah.Mengapa ini berlaku?
Secara keseluruhannya falsafah arsene wenger ini merupakan satu tindakan yg sangat berani. Ia dimulakan dari zaman penghujung higbury lagi dimana kita melihat Cesc fabregas,gael clichy ,senderos,flamini,RVP,abou diaby dan kemudian kesinambungan ini diteruskan pula pada zaman ashburton groove.Pada masa ini kita dapat saksikan pula denilson,theo walcott,carlos vela,sagna dan yg lain lain lagi.Ini semua adalah merupakan congakan arsene wenger bahawa mereka ini mampu untuk menggalas cabaran yg telah ditinggalkan oleh legasi yg terdahulu.Dan pada satu satu masa pula,apabila pemain pemain muda era penghujung zaman highbury digabungkan pula dengan pemain muda era ashburton groove maka disini ramai pemerhati bolasepak mahupon penyokong penyokong kelab lain melabelkan arsenal adalah sebuah kelab budak budak(schoolboy),kelab yg tidak ada pengalaman,kelab anak2 ikan,kelab kanak kanak riang dan pelbagai jenis gelaran lagi.Dan pada satu tahap thierry henry yg merupakan lagenda kita sendiri mengambil keputusan untuk berhijrah ke barcelona atas alasan ingin memenangi champions league.Bukan itu saja,kita dapat saksikan,flamini,hleb,adebayor,toure beransur ansur meninggalkan kota london atas alasan klub arsenal ini mempunyai kekurangan daya saing untuk beraksi di peringkaat tertinggi.Soal mereka berjaya atau tidak dengan klub lain itu persoalan lain yg harus dititik beratkan ialah pemain pemain muda kita sekarang ini kekurangan faktor leadership dan karisma yg telah ditinggalkan oleh pemain terdahulu.
kuda: bring back the old arsenal!!!
Itu adalah kata kata seorang peminat arsenal yg menggelarkan diri beliau sebagai seekor kuda(sila rujuk kepada lobahgooner shout di sebelah kanan blog ini).Apa2 pon aku bersetuju dengan pernyataan beliau.Setelah kita kehilangan tony adams maka kita menggantikan pula dengan patrick viera dan kemudian dengan thierry henry.Dan selepas daripada itu tugas kepimpinan ini diambil alih pula oleh william gallas dan cesc fabregas.Kalau anda perasan prestasi arsenal semenjak zaman tony adams hingga ke zaman patrick viera adalah waktu kemuncak kegemilangan kita sendiri.Kemudian apabila masuk saja zaman thierry henry hinggalah ke zaman william gallas maka disitu kita lihat pencapaian kita beransur ansur merosot dengan begitu ketara tambah tambah apabila kita berhijrah ke stadium baru.Maksud yg dinyatakan oleh encik kuda itu bukanlah untuk membawa tony adams,bergkamp,paul merson.anders limpar,marc overmars ke dalam pasukan arsenal kembali.Point utamanya ialah kita kekurangan pemain pemain yg berkaliber.Di saat lagenda lagenda ini meninggalkan kita disitu kita lihat arsene wenger tidak pernah untuk menggantikan mereka ini dengan pemain yg setaraf dengan mereka.Cuba lihat barcelona misalannya.Corak permainan mereka hampir sama dengan kita akan tetapi mereka mempunyai kelebehan dari segi aspek fizikal dan mental.Mereka juga menggabungkan pemain muda dan pemain yg berpengalaman tp apakah yg terjadi dengan klub kita sendiri.Aku rasa kau org pon boleh fikir sendiri.Di bawah ini adalah beberapa point yg aku ingin ceritakan secara lebeh jelas lagi.Sepatutnya aku menceritakan ttg hal ini pada pertengahan musim namun lebeh elok aku ceritakannya pada waktu sekarang
ARSENAL 0 CHELSEA 3
Apakah impak atau kesan dari perlawanan tersebut terhadap prestasi arsenal secara keseluruhan?.Sebelum perlawanan ini bermula lagi arsene wenger telah menegaskan kepada anak buahnya sendiri bahawa waktu sekaranglah anak anak muda arsenal patut menunjukkan karekter mereka yg sebenar.Dengan erti kata yg lain segala eksperimen profesor wenger adalah berlandaskan pertemuan arsenal dgn chelsea.Akan tetapi segala cita cita profesor tidak berjaya diterjemahkan melalui perlawanan tersebut.Apakah yg berlaku sebenarnya.Adakah kerana kesilapan teknikal ataupon faktor pemain itu sendiri?
WIGAN DAN ASTON VILLA
Kenapa dua pasukan ini boleh menewaskan chelsea di gelanggang mereka sendiri dan mengapa kita tidak boleh berbuat demikian.Adakah disebabkan chelsea bermain 9 org sahaja atau adakah taktik aston villa yg aggresif itu membuatkan chelsea tidak mempunyai cukup ruang untuk mengekang pertahanan lawan?
PASCA JONNY EVANS
Aku suka merujuk perlawanan antara manchester united menentang chelsea baru baru ini.Ternyata contoh drpd jonny evans mengatakan bahawa faktor fizikal itu sangat penting dalam pertemuan sengit seperti itu.Apakah yg terjadi kepada didier drogba.Nak tau lebeh lanjut sila rujuk kepada video ini.Ternyata susuk tubuh yg sasa dan tegap adalah senjata penting untuk mempertahankan kubu daripada dibolosi pihak lawan.Bagaimana pula dengan denilson?alex song?gallas?vermaelan?Adakah mereka ini mempunyai watak sebagai pejuang kental dan bengis seperti the fabulous 4 mahupon patrick viera sendiri.Adakah mereka ini cukup gagah untuk menahan asakan lawan?
SET PIECES DAN MENTALITI
Daripada kajian aku terhadap setiap permainan kompetitif arsenal semnenjak pusingan kelayakan UCL lagi,aku dapati faktor mental dan susah untuk membaca pergerakan lawan
adalah merupakan salah satu faktor paling kritikal.West ham,manchester united, sunderland,az alkmaar dan chelsea adalah merupakan salah satu contoh betapa kelemahan menjaga set pieces yg kerap kali aku ulang tidak pernah mahu untuk mereka2 ini belajar dari kesilapan.Daripada musim lepas lagi perkara ini berlaku dan ternyata pada musim ini rekod penjagaan bola mati arsenal begitu teruk.Banyak lompang disana sini.Dan di saat pihak lawan bersiap sedia untuk mengambil sepakan penjuru mahupon freekick,dalam hati aku sendiri mengatakan bahawa selepas ini gawang arsenal akan bocor.Dan ternyata ia turut berlaku dan ia bagaikan satu mimpi ngeri bagi aku sendiri
FULHAM,STANDARD LIEGE DAN KONSISTENSI
Kedua perlawanan ini adalah merupakan salah satu contoh dimana pasukan kita berjaya menyerap segala tekanan yg maha hebat dari pihak lawan.Namun yg lebeh merisaukan aku setakat ini ialah ttg konsistensi.Ada satu tahap dimana kita bermain sangat bagus dan kemudian prestasi kita mula menurun dan kemudian naik kembali.Bagi aku kalau kita hendak memenangi apa apa pon faktor konsistensi sangat penting.Cuba lihat masa zaman invicible.Kita mempunyai senarai pemain yg cukup kuat mentalnya untuk berhadapan dengan pemain lawan.Bagi aku pemain muda kita sekarang belum cukup kuat mentalnya.Mungkin beberapa tahun lagi mereka akan mencapai tahap kematangan mereka sendiri.Tapi bila?Atau adakah kita perlukan satu lagi eksperimen?.Abou diaby?Denilson?.Mereka ini bagus tp belum cukup konsisten.Berikan mereka sedikit ruang untuk bernafas dan jgn tau untuk mengutuk saja
GOALKEEPER
Banyak fan arsenal seluruh dunia mengatakan itu salah satu faktor terpenting arsenal buat masa sekarang sama ada kita mampu utk pergi lebeh jauh atau tidak.Golongan profesional bolasaepak juga mengatakan ttg hal yg sama dimana kita tidak mempunyai penjaga gol bertaraf hebat.Vito mannone pada awalnya bagi aku merupakan salah seorang penjaga gol harapan untuk pasukan kita akan tetapi harus diingat mentalnya akan cepat letih.Perkara ini diakui oleh arsene wenger sendiri dan kemudian menggantikan tempat beliau dgn manuel almunia.Adakah almunia ini cukup hebat atau adakah fabianski itu lebeh mapan untuk menhadapi striker klas dunia.Jawapan nya ialah wojsiech Szesny.Ia dia merupakan goalkeeper harapan kita pada satu hari nanti dan bknnya vito mahupon fabiasnki.Ttg almunia kita kene bg sedikit harapan kepada beliau.Aku percaya dia akan boleh pergi jauh selepas ini.Tp sejauh mana?
DEFENDER
Sangat teruk itu sajalah yg boleh aku simpulkan.Ada setengah fan mengatakan kita tidak mahu seorang defender yg boleh menjaringkan gol.Apa yg mereka mau ialah seorang defender berwatak bengis dan mampu memepertahankan kubunya dari dibolosi pihak lawan.Selepas tamatnya era the fabulous 4 kita maseh tercari cari akan gabungan empat kereta kebal yg cukup padu.Tetapi sampai sekarang aku maseh belum nampak.Ttg tomas vermaelan aku cukup kagum dengan beliau.Dan percayalah satu hari nanti dia akan menjadi pemain pertahanan terbaik peringkat dunia.Dan tahukah anda pasukan kita dahulu adalah merupakan pertahanan paling kental seluruh dunia.Pasal ini pergi cari di internet dan jgn malas untuk mencari
LIBERO aka SWEEPER
Aku mau melihat ada seorang seperti backenbauer,mathaeus,baresi dalam pasukan ini satu hari nanti.Walaupon tony adams itu bukan pure libero tp gaya dan style permainan beliau adalah seperti mereka.Kecekapan membaca perlawanan,marking,leadership,tackling dan kekentalan itu ada pada mereka ini mahupon tony adams sendiri tp bt masa sekarang kita tidak ada pertahanan yg seperti itu
MIDFIELDER
Posisi ini cukup sedap jgk.Ttg cesc fabregas itu mmg diakui antara yg terbaik untuk arsenal bt masa sekarang.Akan ttp posisi defensive midfield itu agak sedikit longgar tp mungkin ketika bertemu dengan chelsea atau beberapa klub yg lain saja.Secara keseluruhan bagi aku sangat ok.Tahukah kamu bahawa secara statistik bt masa skarang,alex song adalah lebeh hebat dari lorik cana.Dan secara keseluruhannya alex song atau pon denilson itu sendiri harus melakukan latihan intensif untuk menguatkan fizikal mereka sendiri
STRIKER/FORWARD
Berita kemangkatan robin van persie selama 4 bulan ini ternyata menyentap semangat fan arsenal secara umumnya.Semasa ketiadaan beliau kita amat buntu untuk menjaringkan gol.Ini dibuktikan semasa pertemuan menentang sunderland dan chelsea.Dan apakah nasib kita selepas ini apabila menanti kunjungan stoke di emirates?Jgn risau bahawa aku yakin keseluruhan posisi arsenal itu nanti bisa menjaringkan gol walaupon kita ketiadaan RVP.Dan satu lagi tunggu sajalah akan kehadiran nicklas bendtner yg akan memainkan peranan penting semasa ketiadaan RVP nnt
ARSENE WENGER DAN REINFORCEMENT
Arsene ketika ditanya selepas post match semasa bertemu chelsea mengatakan bahawa dia akan mencari beberapa org pemain baru menjelang tingkap perpindahan yg akan dibuka pada bila bila masa saja dari sekarang.Ianya seperti mengulangi peristiwa pada bulan januari baru baru ini dimana beliau membawa the russian messiah(arshavin) ke dalam kem arsenal.Kenapa beliau berbuat demikian.Teori ini boleh juga dipanggil sebagai 'bila dah terhantuk baru nak terngadah'.Dan percayalah walaupon RVP x injured sekalipon dia akn ttp akan melakukan pembelian pemain baru pada bulan satu nanti.Kalau anda perasan sudah ada ura ura untuk membwa ruud van nistelrooy ke dalam pasukan arsenal sebelum kecederaan parah yg dialami oleh rvp sendiri.Dan bagaimana pula dengan khabar angin yg lainnya
SEMBANG KEDAI KOPI
Diberitakan bahawa terdapat segelintir pemain pemain yg dikaitkan dengan arsenal menjelang musim perpindahan yg akan tiba nanti.Mereka itu adalah.
1)marouan chamakh
Pembelian yg silap sekiranya wenger ingin mengambil beliau ke dalam kem arsenal.Walaupon mungkin harga dia sudah jatuh sedikit tp bg aku sendiri merasakan mungkin dia akan memberi sumbangan yg sedikit sahaja nanti berbanding dgn arshavin yg melakukan impak yg sungguh luar biasa ketika musim awal beliau bersama arsenal
2)piere gignac
Dia bermain untuk toulousse dan merupakan salah seorang penjaring terbanyak dalam french ligue 1 pada musim lepas.Posisi beliau bukan sebagai seorang forward seperti rvp mahupon chamakh akan tetapi beliau merupakan seorang striker bertubuh sasa yg boleh diharapkan sebagai pengganti adebayor.Berwajah bengis dan tegap mungkin merupakan pembelian terbaik akan ttp player dari perancis kdg2 mengambil masa yg agak lama untuk menyesuaikan diri dengan corak permaian arsenal sendiri.Akan tetapi itu mgkn tekaan aku saja
3)k j huntelaar
Laju,berkesan,licik finishing yg bagus akan ttp apabila bersama milan potensi beliau agak terbatas dan baru2 ini beliau menjaringkan 2 gol untuk pasukannya.Adriano galliani jg mengatakan bahawa beliau itu tidak mungkin akan dijual pada bulan satu nanti
4)david villa
Ini perkara yg susah untuk berlaku melainkan Aw sanggup melabur sejumlah wang yg agak besar sedikit untuk mengambil beliau ke dalam kem arsenal.Diberitakan juga valencia mengalami masalah kewangan yg serius.Pak alex furgeson juga berminat untuk mendapatkan belau sebagai striker utama di old trafford.Apa2 pon jgn berhrap sangat ttg kehadiran david villa ke emirates ttp perkara ini tidak mustahil akan berlaku
5)si balotelli
Super mario yg dikatakan bermasalah dengan jose morinhho adalah salah seorang khabar angin yg telah dikenalpasti utk menyertai arsenal.Keterbatasan beliau untuk bersaing bersama dgn etoo dan juga milito menyebabkan beliau ditempatkan di bangku simpanan saja.Umum mengetahui bahwa arsene wenger mmg meminati akan kemampuan si balotelli sebagai seorang striker.Namun mungkin AW tidak akan membeli beliau malah akan membuat permohonan utk meinjam beliau untuk baki perlawanan yg ada
6)igor akinfeev
Kepada siapa siapa yg tidak menggemari manuel almunia maka bolehlah mereka mereka itu membuat rayuan kepada arsene wenger untuk mendapatkan khidmat beliau.Bagi aku ia tindakan yg berbaloi.Maseh aku ingat semasa pertembungan man united dan cska moscow dalam UCL baru2 ini.Cukup kemas kawalan petak penaltinya,refleks yg cukup hebat,handling yg seperti spiderman dan secara keseluruhannya cukup sempurna.Aw harus bertindak cepat sekiranya mahu mendapatkan khidmat beliau memandangkan palk alex hidung merah sudah berkira kira untuk mengambil beliau sebgai pengganti van der sar
7)indraputra mahayuddin
:) Secara teknikalnya arsenal kekurangan player yg berkemampuan untuk mengambil sepakan percuma.Mungkin arsene faham akan situasi yg berlaku sekarang
8)yaya toure
Pada musim ini pep guardiola jarang menggunakan beliau untuk kesebelan utama.Agen beliau jg telah mengatakan bahawa sebarang proses perpindahan yaya ke klub lain akan berlaku sekiranya ada permohonan untuk medapatkan beliau.Man city juga beria ia untuk medapatkan yaya.Dan bagi aku sendiri sekiranya arsene ingin membeli seorang DM maka aku lihat dia seorang yg sgt bagus.Akan ttp memandangkan kejohanan afrika akan berlangsung tidak lama lagi,berkemungkinan perkara ini tidak akan berlaku.Mungkin kita akan mengharapkan frimpong utk mengemudi posisi DM.Bagi aku sendiri,denilson tidak cukup ampuh utk mengemudi bhgn tersebut.Ada juga pilihan untuk mengubah vermaelen sebagai DM baru arsenal.
THOMAS VERMAELAN SEBAGAI DEFENSIVE MIDFIELDER
Dalam hal ini aku telah pon membincangkan hal ini di salah sebuah forum.Aku mengatakan bahawa tidak salah kalau kita cuba mengconvert mamat belgia ini kepada posisi itu semasa ketiadaan alex song nnt.Sebenarnya isu murtad posisi ini telah berlaku sejak dahulu lagi.Semasa di higbury,arsene telah mengubah henry , grimandi, kolo,flamini,ljungberg,petit,eboue kepada beberapa bhgn posisi yg lain.Sementara itu juga alex song adalah merupakan center back pada awalnya dan kemudian diubah kepada posisi defensive midfilder.Dalam kes ini terdapat satu artikel mengenai perubahan posisi vermaelan kepada posisi defendive midfielder.Anda boleh merujuk di siniApa2 pon aku fikir kita perlu mempunyai seorang pertahanan yg besar seperti hangeland.Ttg hal convert ini pula biarlah arsene membuat percaturannya yg tersendiri
ARMAND TRAORE SI LICIK DARI PERANCIS
Aku melihat potensi beliau ketika dia bersama sama dengan posrtsmouth secara pinjaman pada musim lepas lagi.Apa yg boleh aku simpulkan ialah dia sgt2 teknikal orgnya dan berkelajuan seperti lipas dan kadang kadang licik seperti belut.Namun apabila beliau diberikan peluang untuk menggantikan clich dan gibbs ternyata ada kekurangan yg ketara.Mungkin harus diberi sedikit masa untuk beliau menunjukkan diri sebagai left back paling hebat dalam sejarah dunia
ANDRE THE GREAT MAGICIAN
Arshavin pada musim ini agak kurang mentalitinya berbanding pada musim lepas.Dia mengaku maseh kehilangan sentuhannya yg berbisa.Bagi aku dia harus meningkatkan lagi mutu persembahannya dan melupakan sejenak ttg ketidak hadiran beliau di afrika selatan pada musim panas nnt.Apa2 pon secara peribadi aku lihat arshavin adalah merupakan tonggak utama kita pada musim ini.Masa dia akan sampai dan tunggu sajalah magis2 maut dari russia nnt
DENILSON DAN ABOU DIABY
Dua sahabat baik ini selalu dikutuk oleh kebanyakkan fan arsenal sama ada yg berada di grasbrun,cairo mahupon kuala lumpur.Apa yg aku boleh ckp mereka ini tidak begitu konsisten.Sekejap mereka boleh menjadi seperti hero dan dalam masa yg singkat sahaja mereka boleh berubah menjadi manusia yg dibenci oleh fan arsenal sendiri.Bagi aku berikan mereka peluang.Sesungguhnya mereka berdua ini mempunyai bakat luar biasa ttp yg menjadi masalahnya mereka ini kdg2 gagal menyerap tekanan semasa berada di atas padang
NICKLAS BENDTNER SI BADANG DARI DENMARK
Dia mempunyai fizikal yg hebat dan juga mempunyai sentuhan pertama yg menakjubkab.Apabila beliau bersama denmark kelihatan beliau mampu menjadi seorang striker yg digeruni oleh pihak lawan.Tetapi apabila di arsenal aku lihat dengan posisi yg tidak relevan,beliau agak sukar untuk menunjukkan potensi beliau yg sebenar.Mungkin ketiadaan rvp membolehkan beliau bermain di hadapan sebagai striker terulung pasukan arsenal
GEORGE GRAHAM,BRUCE RIOCH DAN ARSENE WENGER
Diakui system yg digunapakai oleh GG dan AW mempunyai perbezaan yg ketara namun juga mampu menghasilkan keputusan yg positif.Apa yg aku lihat kadang2 system itu tidak dapat diimplementasi dengan begitu baik.Contoh mudah ialah ketika bertemu chelsea dan sunderland baru baru ini.Segala pergerakan kita seolah olah hancur berkecai. Buntu untuk melepasi pertahanan lawan dan seribu satu mcm masalah yg susah untuk dirungkaikan oleh mana mana org pon.Adakah disebabkan ketiadaan rvp itu menyebabkan kita hilang punca untuk melakukan sesuatu.Dan adakah seorang pemain itu mampu mengadaptasi dengan posisinya yg baru dipelajari.Dan adakah berbaloi bermain secara cantik dan mempunyai nilai peratusan possesion yg tinggi itu membuatkan kita menang.Klub klub tradisional kita harus lawan dengan taktik yg tradisional juga.Yg aku runsing nanti adakah kita mampu menewaskan burnley di turfmoor park nanti sedangkan manchester united yg menggunakan taktik tradional itu pon tidak mampu menewaskan burnley.Maseh ingat bagaimana kita dikalahkan oleh shefield united satu masa dahulu?Kesimpulannya mudah saja.Apa yg aku lihat arsenal tidak mampu menyerap asakan asakan aggresif pihak lawan.Pasukan kita pon tidak mempunyai susuk tubuh yg sasa untuk menyerap ini semua.Owh ya satu lagi,dennis bergkamp dibeli oleh bruce rioch dan bukannya arsene wenger.Harus ingat fakta tersebut kalau nk berlawan sejarah dengan fan lain.
HAJI BAKHIL WENGER
Sebut sajalah siapa siapa pon dari cristiano ronaldo,drogba,essien,fernando torres ataupon frank ribery dan di akhir nanti wenger akan bercakap saya sudah perasan akan bakat mereka terlebeh dahulu dan siap mahu membelinya lagi dan akan tetapi beliau tidak begitu yakin untuk membayar dengan harga tinggi walaupon tingginya atau nilai pelaburan itu sangatlah masuk akal.Dan sebab perangai ego dan kedekut itulah kita melihat pasukan lain berjaya mendapatkan khidmat mereka dan akhirnya kita melopong bagaikan katak kematian ibunya.Nama nama yg aku sebut itu td semuanya mahu bermain dengan arsenal terutamanya drogba,ribery dan torres ttp kekangan atau prinsip arsene itu sendiri yg tidak berupaya untuk membawa mereka ke arsenal.Seorang lagi ialah david villa.
Adakah beliau hanya mampu untuk melihat manchester united saja atau adakah dia ingin membuang seketika prinsipnya untuk mendapatkan pemain bintang.Kita tau nilai pelaburan itu bisa meningkat.Kamu tahu ttg francis jeffers atau jose antonio reyes?.Kedua dua ini bagus akan ttp entah dimana silapnya mereka berdua ini tidak lama di arsenal.Mungkin salah scout sendiri atau mungkin masalah peribadi pemain tersebut.Dan yg paling mustahak sejumlah besar wang diperuntukkan untuk membwa mereka berdua ke arsenal dan akhirnya tidak kemana mana.
Prinsip arsene wenger mudah saja.Dia mahu membeli pemain dengan begitu murah dan kemudian di satu hari nanti beliau boleh menjual pemain tersebut dgn harga yg berlipat kali ganda.Dan jarang sekali dia membeli pemain yg agak mahal sedikit dan kemudian dijual dengan harga yg mengutungkan.Sbb itu cristiano ronaldo dan franck ribery tidak biasa bermain utk arsenal.Soal perniagaan itu adalah soal risiko walaupon AW menegaskan bahawa dia tiada niat untuk berbuat demikian(business bolasepak) melainkan mengurus ttg hal ehawal di atas padang sahaja
FAN ARSENAL
Satu kecelakaan apabila pasukan kita ketinggalan dan kemudian penyokong yg digelar sebagai
gooners ini meninggalkan emirates secara beransur ansur.Takut traffic jam ker brader.Jgn bodohkan orgla.Aku lagi respek budak2 arsenal yg mengambil otograf drogba yg maseh setia berada di bangku stadium emirates.Mcm cibai
BERITA TERKINI DAN POST MATCH MENENTANG STOKE
1)Dikhabarkan arsene wenger telah manikkan bidaan dar 2 juta ke 5 juta untuk mendapatkan starlet dari juventude iaitu zezinho.Dan kalau berhasil mamat basil itu akan rasmi menjadi milik arsenal pada bulan 1 ini nanti.Berita tersebut boleh baca di sini
2)Blackburn berjaya mengikat chelsea dan mng penalty ketika bertemu chelsea.Player yg diturunkan chelsea itu kebanyakkan dari 1st team juga.Fikir sendiri lah yer
3)Man city begitu bangga dapat menewaskan barisan muda arsenal.Apa mark hughes ini tak tau malukah dengan menurunkan barisan paling utama dan kemudian berasa bangga dengan kemenangan itu.Bodoh punya org
4)Theo walcott mampus lagi disebabkan hamstring
5)Ura ura gignac bakal beraksi untuk arsenal kian bertiup kencang.Bos toulosse mau 15 juta
6)Perlawanan menentang stoke nanti adalah merupakan titik tolak paling penting utk arsenal.Aku harap arsenal mampu menang sebagai bekalan mental paling kuat apabila bertemu liverpool di anfield nanti.Bek utama mereka faye dan shawcross dikhabarkan cedera.Dan harus diingat pasukan stoke kali ini bukan stoke pada musim lepas.peratusan utk seri dengan mereka ini agak tinggi juga
KESIMPULAN
Kadang kadang apa yg kita mimpikan tidak mampu diterjemahkan dengan hasil yg kita inginkan.Harapan itu sentiasa ada dan percayalah dengan baki separuh musim ini mampu membuatkan fan arsenal seluruh dunia bergelak riang dan gembira pada hujung musim nanti.Aku tidak sesekali mahu megutuk arsene mahupon di kalangan pemain pemain kita sendiri.Dari dulu lagi aku seronok melihat segerombolan pemain arsenal yg begitu handal membawa bola dengan larian penuh santai berjaya mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan.Tapi itu semua di highbury.Dan sebab itu aku lihat penyokong arsenal belasan tahun mahupon yg maseh diawal 20 an ini begitu kecewa apabila mereka melihat pasukan arsenal ini tidak mampu menngembirakan mereka seperti mana aku gembira semasa era highbury satu masa dahulu.Aku pernah berasa seperti itu juga wahai kawanku.Maseh aku ingat peristiwa menentang galatasaray pada final uefa cup.Aku berlari lari mengamuk di sekitar asrama prempuan akibat tidak dapat menyembunyikan perasan kecewa yg teramat sangat.Dan pada penyokong arsenal era penghujung higbury mahupon di awal era ashburton groove ini pedulikan ttg fan chelsea atau apa apa pon.Mereka mula menyokong pasukan itu di saat bermulanya zaman abramovich saja dan aku fikir penyokong arsenal yg baru ini bermula ketika arsenal tidak mempunyai rekod yg cemerlang pon.Selagi kamu hidup percayalah di satu hari nanti kita akan berjaya membawa champions league dan meletakkan piala itu di hadapan tanah tumpah kita sendiri iaitu di highbury.
Apa apa pon entry ini mengambil masa yg agak lama utk aku siapkan.dan segala apa yg aku taip ini hanyalah berdasarkan perasaan aku sendiri.Segala kesilapan fakta mahupon ejaan aku minta maaf dan harapan aku agar kamu boleh membetulkannya kembali terutamanya fakta fakta yg telah aku berikan.Perlu diinghatkan aku menulis ini bukan utk menunjukkan aku pandai dalam hal bolasepak melainkan hanyalah untuk meluahkan perasaan yg telah lama aku pendam.Aku ini hanya manusia biasa saja dan yg selebehnya segala perjalanan arsenal itu sendiri hanya tuhan saja yg tau.Dan untuk itu marilah kita menyokong pasukan ini dengan perasaan kaseh syg yg mendalam agar di satu hari nanti segala harapan mahupon kejayaan bakal dikecapi oleh warga arsenal sekalian alam.Demi arsenal untuk arsenal dan aku bangga menyebut nama itu sampai bila bila pon.LONG LIVE ARSENAL AND IN ARSENE WE TRUST